Selasa, 20 Mei 2014

Sembahyang Ibu Segala Ibadat

As salam...Sedikit perkongsian cerita pada ari ini.Saya dengar kt Tanyalah Ustaz pagi ni Ustaz Hasan Din Al- Hafiz.Saya sangt admire ustaz ni maybe cara penyampaian dia yang lembut tapi tegas maksudnya betul2 membuat ber pk banyak kali selepas mendengar tazkirah dari dia..

Perkongsian hari ini seorang ibu bertanya boleh x apabila meninggal seseorang itu di mana sewaktu hayatnya masih hidup dia tidak solat then sesudah meninggal kita yang masih hidup ini ingin membuat amal jariah bagi si mati...Masya Allah terkedu saya mendengar soalan itu sebab saya sendiri pernah berhadapan dengan orang2 terdekt sama ada saudara mara mahupn sahabat handai yang masih tidak istiqamah dalam solat wajib...

Penjelasan ustaz mengenai hal ini adalah....sembahyang itu merupakan ibu segala ibadat. Apa itu ibadat sebenarnya....Bukan merujuk kepada solat semata2 ye...x kisah la mengaji ke bersedekah ke membantu orang2 yg x berdaya ke..x kisah la...sebab terpulang kepada takrifan individu masing2..Andai kata solat kita tidak buat segala amalan ibadat kita yang lain tidak diterima...Kedengaran remeh tapi sebenarnya makna sangat dalam...Sama macam konsep buku bank la..Si anak nak masukkan duit ke akuan mak ayah tiap2 bulan tetapi buku akaun tiada..Jadi boleh masuk ke duit tu dalam akaun?? X boleh kan sebab buku tiada...Samala konsepnya untuk ibadat ini..Solat itu ibarat buku bank kita..Kalu buku bank xlengkap sempurna duit a.k.a pahala ibadat yang lain xdapat dikumpul...Sekiranya si anak ingin melakukan ibadat bagi pihak orang tua nya boleh tetapi terkumpul x pahala tu memandangkan buku bank tadi tiada...

Betapa besarnya pengertian solat sebagai tiang agama Islam...Ibarat rumah yang tidak bertiang camana nk letak atap kn...Muhasabah untuk diri saya dan kalian di pagi yang ceria ini...

Cuma persoalan dalam diri saya sekrang adalah macam mana kita nak tarbiyah org2 yang culas nk istiqamah solat ni..Sebab saya pernah je berhadapan dengan org yang bila kita berckap pasal tinggal solat ni dia selamba je jawab memang tau pn tinggal solat ni salah dan berdosa tapi buat jgak...Apa yang mula terdetik di fikiran saya adalah keinginan diri sendiri untuk berubah..Selalu kita dengar orang akan ckap hidayah x sampai lagi tetapi sedarkah kita dari keinginan akan terbitlah hidayah itu...Keinginan dan hidayah perlu dicari,,,barula hidayah akan muncul..Telah dijelaskan dalam Al-Quran Allah tidak akan mengubah hamba-NYA malah hamba-NYA yang perlu mencari perubahan itu..

Wassalam..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan