Jumaat, 23 Mei 2014

ALHAMDULILLAH KAMI DIMURAHKAN REZEKI UNTUK MENGANDUNG

as salam...jodoh dan zuriat adalah rahsia Allah s.w t..Kita xtau siapa jodoh kita macam mana kehidupan selepas berkahwin nant..Agak2 berapa orang anak kita dikurniakan ek..Mesti semuaa yang pernah bujang then melalui fasa perkahwinan kemudian dapat baby pn berfikiran mcam saya jugak di awal perkenalan kita ngan husband kita dulu kan..Tapi janji Allah itu benar selagi kite berusaha, berdoa dan bertawakal mintak la apa sahaja dari Dia, In sya Allah sekiranya ada kebaikan di sebalik apa yang telah terjadi memang itula yang terbaik untuk kita sekeluarga...
Saya sendiri pn pernah keguguran dulu, mengambil masa yang agak lama jugak untuk kembali mengandung anak 1st..Tetapi time tu saya pn x kenal lagi Produk Shaklee ni. Ketika saya mula mengintai2 produk ape yang sesuai untuk kesuburan, Allah makbulkan doa saya untuk pregnant lagi..Alhamdulillah..Masa tu memang kebesaran Allah di depan mata..Saya memang amalkan solat Hajat, Solat Dhuha, amalkan surah2 tertentu untuk murahkan rezeki dan zuriat..Alhamdulillah dimakbulkan..

Kepada pembaca2 di luar sana yang masih ternanti2 cahaya mata, jangan risau.Allah buat yang terbaik untuk hambanya..Usaha la apa sahaja selagi anda terdaya..Jangan berputus asa...Saya pernah merasai saat2 itu....Saya sendiri sekrang selalu bagi moral support kat kawan2 yang masih berusaha untuk mendapatkan zuriat..Saya dulu pun 'pjj' jarak jauh ngan husband lagi agak sukar untuk meluangkan masa bersama...Rezeki Allah untuk hambaNya tetap ada..Cuma cepat atau lambat je..Jangan berhenti berusaha kawan2...

Apa releven nya ceriata saya di atas dengan apa yang hendak saya sampaikan sebenarnya ni....Ok, ramai jugak customer kita mencube set kesuburan shaklee sebagai alternatif dorang.Tak salah nak mencuba kan..Apa kata dorang yang telah dimurahkan rezeki dengan pengambilan set ini....

 " Alhamdulillah saya dah pregnant...3 botol gla complex berjaya dihabiskan"


" Cyst saya berjaya mengecut setelah pengambilan Shaklee GLA...Doctor turut ingin tahu" 
" Pengidap PCOS jangan terus berputus asa..Anda masih boleh mencuba untuk set ini untuk melihat hasilnya..Berusaha x salah kan dari kita terus berputus asa.."




Pendapat dari salah seorang Doctor yang memang dikenali ramai...Xsalah kita mengambil 2nd opinion untuk kebaikan kita bersama

Beberapa doa saya selitkan jugak untuk amalan kita semoga dipermudahkan untuk mendapat zuriat..In Sya Allah




sebarang pertanyaan boleh hubungi saya rsnara95@gmail.com

Impikan Cahaya Mata?



As Salam..permulaan hari yang baik...Jangan lupe nak amalkan surah Al-Kahf ye kawan2...In Sya Allah bila dibaca surah ni di malam Jumaat akan memelihara kita sehingga next Jumaat....Boleh diamalkan...Bersahabat baik ngan Al-Quran ni x rugi kawan2.Banyak manfaat yang kite akan perolehi..x caya cakap saya ni..Cube la try..hehehe..

Kite tgok dulu set kesuburan Shaklee..Antara set yang agak laris dan sangat digemari oleh penggunanya..Mencuba xsalah..Dah namapun ikhtiar...Set subur ni untuk membantu ye kawan2..Yang beri rezeki adalah Allah s.w.t..Kalau kita makan ber set2 pn kalu xyakin betul2 ngan Pencipta alam semesta dan bertawakal xboleh jugak..Mingkin ada di pihak pembaca berpendapat " eleh dah try makan xjalan ke x berkesan ke...."xpe..mungkin badananda tidak sesuai ngan vitamin ni...Mungkin jugak x berkesan disebabkan cara pengambilan yang salah dan tidak konsisten..Banyak faktor jugak penyebab sebenarnya...

SAya akan kongsikn beberapa maklumat untuk set kesuburan ni yee


untuk isteri yang period yang berape nak teratur tu bolehla nak amalkan alfalfa ngan gla tau..Alfalfa kena la amik 5-6 biji sehari then gla kena amk sebiji je sehari tau..Cume alfalfa ni kena la amik selepas bf then gla ni amik before nk tido..
Then mana2 isteri pernah mengalami keguguran dan agak makan masa untuk kembali pregnant, boleh diambil ESP bersama...

Retail price   GLA : RM 91.25
          ALFALFA : RM 53.75
ZINC COMPLEX : RM 33.75
VIT- E COMPLEX : RM 149
ESP : RM 150

boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut ye kawan2....
email : rsnara95@gmail.com






Rabu, 21 Mei 2014

MOOD Hari Ini: Marking Exam Paper

As salam....salam ukhwah untuk semua..Mood untuk minggu ni dan next week adalah marking paper aje laaa...Demam marking paper...Harap ari ni bolehla nak siapkan 1 subjek..Stop kejab sb mencari kekuatan dan kesabaran tengok jawapan student2 ni..Haishh..macam2 jawapan yang cantik..Subjek tu xla susah mane rasenya..Tapi xtaula tahap study student ni mencapai x ngan soalan dalam exam..

Marking paper ni memerlukan mood yang ceria jugak sebab dia akan bg effect kt result student..Tapi as long as student jawab ngan betul dan kemas rasanya mane2 tukang marking akan senyum "meweh" marking paper tersebut...

Lepas ni boleh la rest kejab sementara tunggu student cuti sem..Student je pun cuti sem lect pun cuti jgk kuliah..Tetapi kerja2 admin dan kursus2 dalaman bagai menanti Q untuk diisi oleh orang2 yang terlibat..Jadinya sebenarnya time student cuti sem lect pn xrehat mane ade je kena update something..Tapi xpela..namepn kerja hakiki kan...Sama jugak bila time blik rumah..Kerja hakiki seorang isteri dan ibu berjalan mcm biasa even penat bekerja seharian..hehe...Mesti semua agreed kn pendapat saya ni..

Ok, sambung marking dulu la yee..C u nant...

Selasa, 20 Mei 2014

Sembahyang Ibu Segala Ibadat

As salam...Sedikit perkongsian cerita pada ari ini.Saya dengar kt Tanyalah Ustaz pagi ni Ustaz Hasan Din Al- Hafiz.Saya sangt admire ustaz ni maybe cara penyampaian dia yang lembut tapi tegas maksudnya betul2 membuat ber pk banyak kali selepas mendengar tazkirah dari dia..

Perkongsian hari ini seorang ibu bertanya boleh x apabila meninggal seseorang itu di mana sewaktu hayatnya masih hidup dia tidak solat then sesudah meninggal kita yang masih hidup ini ingin membuat amal jariah bagi si mati...Masya Allah terkedu saya mendengar soalan itu sebab saya sendiri pernah berhadapan dengan orang2 terdekt sama ada saudara mara mahupn sahabat handai yang masih tidak istiqamah dalam solat wajib...

Penjelasan ustaz mengenai hal ini adalah....sembahyang itu merupakan ibu segala ibadat. Apa itu ibadat sebenarnya....Bukan merujuk kepada solat semata2 ye...x kisah la mengaji ke bersedekah ke membantu orang2 yg x berdaya ke..x kisah la...sebab terpulang kepada takrifan individu masing2..Andai kata solat kita tidak buat segala amalan ibadat kita yang lain tidak diterima...Kedengaran remeh tapi sebenarnya makna sangat dalam...Sama macam konsep buku bank la..Si anak nak masukkan duit ke akuan mak ayah tiap2 bulan tetapi buku akaun tiada..Jadi boleh masuk ke duit tu dalam akaun?? X boleh kan sebab buku tiada...Samala konsepnya untuk ibadat ini..Solat itu ibarat buku bank kita..Kalu buku bank xlengkap sempurna duit a.k.a pahala ibadat yang lain xdapat dikumpul...Sekiranya si anak ingin melakukan ibadat bagi pihak orang tua nya boleh tetapi terkumpul x pahala tu memandangkan buku bank tadi tiada...

Betapa besarnya pengertian solat sebagai tiang agama Islam...Ibarat rumah yang tidak bertiang camana nk letak atap kn...Muhasabah untuk diri saya dan kalian di pagi yang ceria ini...

Cuma persoalan dalam diri saya sekrang adalah macam mana kita nak tarbiyah org2 yang culas nk istiqamah solat ni..Sebab saya pernah je berhadapan dengan org yang bila kita berckap pasal tinggal solat ni dia selamba je jawab memang tau pn tinggal solat ni salah dan berdosa tapi buat jgak...Apa yang mula terdetik di fikiran saya adalah keinginan diri sendiri untuk berubah..Selalu kita dengar orang akan ckap hidayah x sampai lagi tetapi sedarkah kita dari keinginan akan terbitlah hidayah itu...Keinginan dan hidayah perlu dicari,,,barula hidayah akan muncul..Telah dijelaskan dalam Al-Quran Allah tidak akan mengubah hamba-NYA malah hamba-NYA yang perlu mencari perubahan itu..

Wassalam..

Strech mark...Sila beredar dari saya hokey...

STRECH MARK???? Stress nya bila dipikir2 camana nak hilangkan dia..Macam2 cara dah dicuba tapi hasil tetap same ja..Penah x sampai satu tahap x sanggup dah nak berusaha lagi untuk hilangkan dia..huhuhu..
Tidak dapat dinafikan strech mark dan selulit adalah musuh utama bagi wanita..Kenapa?? Sebab wanita selalu inginkan penampilan yang sesempurna mungkin. Tetapi di dalam Islam setiap wanita mestila berhias untuk suami sahaja..Yang tu semua orang memang sedia maklumkan..Bukan bermakna kalu macam tu biar jela strech mark ni..Bukan nampak pun..Cover ngn baju kn...Jangan mula berfikiran -ve..Sentiasa +ve untuk penampilan luaran dan dalaman..Yang tu memang kena jaga betul2.Badan kita ni kan nak guna untuk jangka masa yang panjang..Berbakti untuk tubuh badan sendiri tak salahkan...Kepuasan kita jugak..Setelah 9 bulan mengandung timbul la strech mark kat merata-rata, apa salahnya usaha balik untuk hilang dia..Sepanjang mengandung kita kumpul pahala selepas mengandung pn masih mengumpul pahala..In sya Allah..

Meh kita share apa bezanya strech mark dengan selulit....

Stretch Mark
Selulit
Kehadiran stretch mark adalah disebabkan kulit badan meregang terutamanya bagi wanita yang mengandung dan juga yang mengalami pertambahan berat badan. Bagi wanita mengandung, semakin besar kandungan maka makin besarlah regangan.
Selulit pula terjadi akibat pembentukan lemak dan air di bawah kulit yang bercantum dengan collagen di kawasan-kawasan tertentu badan. Kebiasaannya ia berpunca dari pemakanan yang tidak sihat yang dilakukan oleh seseorang individu. Selain daripada itu, ia juga berpunca dari keturunan di mana wanita yang kurus dan mengamalkan hidup yang sihat juga mengalami masalah selulit.

Dari segi bentuk dan rupenya pulak camana..
Stretch Mark
Selulit
Stretch mark bermula dengan warna merah atau ungu jalur-jalur pada kulit. Dan ia akan merebak seterusnya ke kawasan kulit sekitar. Lama-kelamaan, tanda itu akan mula merekah dan berwarna terang dan serap kedalam kulit. Bentuknya adalah jalur-jalur bergerigi.
Berlaku disekitar : paha, perut, dada dan lapisan bawah lengan.

Selulit pula adalah gabungan collagen yang memberikan selulit itu berupa seperti cottage cheese yang sememangnya tidak diingini dan digemari oleh ramai orang.
Berlaku di sektiar: paha, punggung, tangan, betis dan torso atas.

Di antara rawatan yang boleh kita cuba..
Stretch Mark
Selulit
Cocoa butter 
Cocoa butter telah digunakan untuk mencegah terbentuknya stretch marks selama bertahun-tahun. Tetapi, ia tidak menunjukkan hasil yang lebih baik dan sekadar placebo dalam mencegah stretch marks. 

Retin-A
 
Retin-A yang diserapkan merupakan krim yang pada mulanya dikembangkan untuk memerangi jerawat. Selama bertahun-tahun, penggunaannya mulai dikembangkan, termasuk untuk mengatasi keriput dan memperbaiki stretch marks. 
Selain daripada itu, ia boleh menimbulkan iritasi bagi wanita mengandung kerana krim tersebut berpotensi beracun bagi janin.

Laser 
Prosedur laser menghilangkan stretch marks tanpa rasa sakit. Akan tetapi, kos nya amat mahal.

Liposuction
Ia adalah treatment untuk buang lemak bawah kulit. Ia mahal dan hanya memberi kesan untuk sementara waktu. Liposuction surgery mempunyai beberapa risiko. Selain itu liposuction tidak mengubah struktur kulit anda. Jadi selulit akan reoccur over time.
Selain itu, terdapat juga remedies berikut:
-Mesin Endermologie: ini banyak digunakan oleh beauty centers dan spa. Ia mengunakan roller dan suction tool pada bahagian badan yang mempunyai selulit. Again, its only a short term remedy.
 -Pil Pembentung (Blocker) Collagen. Theory: Less collagen maka kurang selulit?
 -Krim-krim dan lain lain

Macam mana pulak dengan langkah pencegahan dia..

Stretch Mark
Selulit
 -Elakkan pengambilan minuman berkafein dan beralkohol yang boleh menyebabkan kulit menjadi kering. Sebaliknya, gantikan dengan air mineral bagi membantu melembabkan kulit anda.
 -Banyakkan mengambil buah-buahan, minuman yogurt dan susu segar
- Elakkan dari menggaru jika anda terasa gatal-gatal dibahagian tubuh anda sewaktu sedang hamil kerana ia hanya akan membuat kesan regangan bertambah teruk.
 -Melakukan diet seimbang: Elakkan minuman berkafein dan kurangkan pengambilan gula dan garam dalam pemakanan.
-Melakukan senaman rutin di bahagian yang mengandungi selulit: Lakukan untuk memejalkan kulit dibahagian selulit. Contohnya terdapat selulit di bahagian kaki, lakukan senaman dengan mengangkat kaki. Baringkan badan, angkat kaki dan turunkan ia berselang-seli.
-Minum air masak dengan kerap
Alternatif lain yang kita boleh cuba untuk merawat masalah strech mark ni adalah ESP Shaklee..
Kenapa ya:)
-ESP adalah sumber protien yang bagus untuk kita..Di mana ESP akan membantu menghasilkan sel kulit yang cantik untuk kita..Sel kulit kita akan mati apabila tiba masanya..Then akan diganti sel kulit yang baru...
- Time nak ganti ni lan ESP akan support mana2 yang kurang dekat sel tu bagi "cunn" lagi la sel yang baru tu..heheh..Supaya kulit lagi sihat dan cantik..

Antara perkongsian rakan yang jatuh cinta dengan ESP ni 
".....Sampai husband pun tegur dengan perubahan strech mark"
Lagi pengalaman ibu selepas bersalin..Sebelum dan selepas mengamalkan ESP..Inilah hasilnya..


ESP turut mempunyai kelebihan2 lain yang boleh membantu mencegah dan merawat kulit...Dapatkan ESP dengan harga Ahli yang mana anda boleh mendapat penjimatan sebanyak 20-30%..
COD area berdekatan anda...kemaman, kerteh, dungan..Adiimah 0129522725





Ahad, 18 Mei 2014

Kembali Berbicara..

As salam...sahabat2 semua...Apa khabar dalam menjalani kehidupan seharian...Menyepi seketika untuk settle kan mana2 yang perlu..Maklumla student2 degreee mula nak exam..Jadi fokus kena la bagi lebih untuk dorang..Lagi2 da peak time untuk presentation fyp degree bakal menjelma next week and i'm the coordinator for sure kena prepare everything untuk memastikan semua berjalan lancar..

Arini xnak citer pasal Shaklee..Cume nak share kisah lucu sedih happy beberapa ketika..hehehe..Bila buka fb tgok saudara se Islam kita kt Syria mula terpk..apela kita buat kt opis ni..makan minum kerja balik umah lepak..Tetapi dorang di sana struggle untuk life..Sedih sangt..Tapi weekend baru ni bile dengar program kt tv menyatakan di zaman Rasulullah s.a.w lagi sebenarnye tembok yang dibina oleh Zulkarnain kalau kita bace Al-Quran surah Al-Kahf sudah terbuka di zaman itu lagi.Cume jarak terbuka hanyala sedikit..Saya share sahaja apa yang saya dengar..Kalau salah sila betulkan..Hanya dari ibu jari sejengkal macm tu ke jari telunjuk...SubhanaAllah dalam Al- Quran sudah termaktub tu semua..Sebab itu bila zaman sekrang terlalu byak penindasan terhadap umat Islam sebenarnya yakjuk dan makjuk sudah lame muncul..Sama ada kita sendiri sedar atau tidak..Ke mana kita akan datang..Mampukah kita mempertahankan Islam..Lagila saya secara personal ni serba kekurangan ilmu Agama..Cuma berharap terus diberi peluang oleh Allah s.w t untuk terus mendalami Islam..Insya Allah...Muhasabah untuk diri sendiri di pagi hening ini...

Cerita bercuti di KL sempena adik konvo...Tapi xdan pn g konvo dia. Sebabnya tibe2 dapat call dri hr ada pulak interview untk ke jawatan tetap..Alhamdulillah..Selepas 5 thun mencari rezeki di TATiUC ni mula la bertapak sebagai staff tetap tidak lame lagi,,Insya Allah..Pengalaman g KL bwk amar jalan2 sangt menguji ibu yang sedang mengandung 7 blan ni..Ragam die yang mula un control memang mencabar kesabaran ibu bapa..Sampai 1 tahap kami xjadi membeli di mall nak blik terus memandangkan amar meragam nak naik "escolator" sepanjang mase..Adik die a.ka sepupu die amin rilek je tgok abgnya namgis die gelakkan jee..Maklum la dia orang KL amar ni orng kijal je..Jakun la kot tengok tangga tu bergerak..Sabar jela anak umi..Tapi kami slowly terima hakikat dia perlu diberi peluang untuk menikmati suasana sekeliling die yang agak berbeza ngan Kemaman ni..Even tgok flyover pn bolat matanya dok nengok..gelak kami tgok gelagat dia..hahah..Tapi xpela nice to have that kind of child..Alhamdulillah aktif sngt maybe sebab Allah dah kurangkan tahap dapt sakit Dia uji plok mak ayah dia ngan ank yang sangt lasak..Kalau main nk geng laki yang lagi besar..Konon dia dah besar sangt la..

Dah abis bercuti back to normal life..Target untuk student cuti sem ni cube step forward la untuk short term grant..Kena move on kalau x masih macam tu la tahap research diri sendiri ni...Hopefully saya boleh hadapi kehidupan mendatang dengan tabah..Setiap yang diduga oleh-NYA mesti bersebab.Jangan berhenti mengharap..Terus berdoa untuk diri sendiri dah orang sekelilng jugak..Tidak lupa saudara sesama Islam di sana..Semoga Allah ters membantu umat Islam di dunia ini..In sya Allah.....